BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Isnin, 28 Disember 2009

natijah dan ke'frust'an


Natijah exam dah keluar..alhamdulillah hasil usaha memang tidak sia-sia.walaupun hati kecilk agak tidak berpuas hati dengan satu madah yang ku sendiri pelik memikirkan natijah yang kudapat..namun,Ya Rabb aku redha..kata sahabat-sahabatku mereka pelik denganku madah yang payah kesemuanya aku bolot natijah A.alhamdulillah..tapi satu madah yang agak senang aku mendapat C..Ya Tuhan..kesemuanya ketentuanMu..
Ada sedikit rasa frust dan aku tiada jalan lain melainkan menenangkan hatiku pulang ke kampung halaman buat seketika..Aku menjadi pendiam apabila berdepan dengan sahabat-sahabat..badanku kembali kepada sakit yang dulu..menggeletar setiap masa..tekanan..stresss!!Aku hanya mampu berdoa..sakit dan sebak dadaku hanya kerana satu madah!

Ya Tuhan...Bantulah aku Redha dengan segala ketentuanmu...

Kisah seorang sahabat yang aku sendiri tidak pasti keadaannya sekarang..memang menghantui diriku..kenapa seorang sahabat sanggup meninggalkan untaian ukhwah..Ya Tuhan kau tunjukkanlah sahabatku itu jalan yang engkau redhai..bantulah dia supaya dia mengetahui hubungan antara manusia yang perlu dijaga selain dari hubungan kepadaMu..

buat sahabat2ku sekalian,
ingatlah...jika kita melakukan kesilapan terhadap Allah kita perlu bertaubat kepada Allah..namun,jika kita melakukan kesilapan dengan manusia..teruk..kita perlu meminta maaf denganya dahulu..jika seorang yang kita sakiti tidak memaafkan kita..payahlah dan beratlah mizan kita..nauzubillah..

buat sahabat2ku..insyaAllah aku tidak akan menyimpan dendam..alhamdulillah sebelum tidurku aku memaafkan semua kesilapan orang terhadapku..mudah-mudahan org lain yang aku pernah sakiti juga memaafkan kesilapan ku yang kusedari ataupun tidak..

sifar-sifar!!

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...