BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Rabu, 9 Disember 2009



Sekadar luahan rasa...
Hari ini sebenarnya aku rasa badanku habis lemah-lemah..kepalaku pening yang teramat.namun,aku tidak boleh tunjukkan pada keluargaku,aku mesti kuat sebab masih ada perjuanganku yang masih belum terlaksana..masih ada cita-citaku yang masih belum kucapai..allah SWT Maha Pengasih dan Mengetahui segala hal.DIA berikan aku dugaan dan Allah jualah yang memberiku kejayaan..

Terus terang,siapakah yang mahu dirinya ditimpa kesakitan?namun,takdir telah menentukan segalaNya..yaa,sudah tentunya aku mahukan kehidupan yang sempurna.siapa mahu tiap2 detik dan waktu kerjanya hanya meneguk air bersama sebiji pil..sudah tentunya ianya adalah perancangan Allah SWT dan aku harus menerimanya dengan hati yang terbuka..namun,kadang2 aku tewas jua..ada rintihan dalam hatiku,ada rungutan dalam jiwaku..dan kadang kala aku perlukan penasihat pengubat duka.Ya Allah..kuatkanlah semangat hambaMu ini berilah aku rasa tawakal yang tinggi dan taqwa yang menggunung ya Allah..

Aku hanya berhak menadah tangan memohon padaMu ya Allah.ayahku sudah banyak menghabiskan wang ringgit demiku.segala usahanya hanya ingin melihat seorang anak berjaya dalam hidup dan terhindar dari segala penyakit.melihat kesungguhan ibu dan ayahku jualah aku tidak mahu sekali-kali menunjukkan betapa tersiksa sebenarnya bergantung ubat,menahan segala pantang larang..namun ya Allah,aku redha dengan segala kehendakMu..

Buat diriku aku tanamkan semangat untuk terus mengembirakan kedua ibu bapaku..ya Allah bantulah hambamu inni untuk menempuh kejayaan dalam hidup dan berilah aku segala kekuatan yaAllah..

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...