BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Ahad, 27 Disember 2009


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Semua orang tahu bahawa
kalau meninggalkan solat tu, adalah dosa besar, dan malahan lebih hina
drpd khinzir.. Betapa hinanya kita kalau meninggalkan solat spt yang
dikisahkan pd zaman NabiMusa A. S.
Begini kisahnya... pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yang sudah
berumahtangga , dia tak de zuriat lalu, terdetik dalam hati dia (nazar),
"kalau aku dapat anak, aku akan minum air kencinganjing hitam." Nak
dijadikan cerita, Allah pun kurniakan isterisi lelaki tadi pun hamil dan
melahirkan anak. Bila dah dapat anak, laki ni pun runsinglah... Dia dah
nazar nak kena minum air kencing anjing hitam.
Syariat pd zaman Nabi Musa berbeza dengan syariat yang turun untuk umat
Nabi Muhammad. kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda yang haram, maka
tak payah buat, tapi kena denda(dam) atau sedekah.. Tapi, kalau zaman
Nabi Musa, brgsiapa bernazar,walaupun haram, tetap kena laksanakan nazar
tu..lalu, si lelaki yang dapat anak tu, dengan susah hatinya,pun pegilah
bertemu dengan Nabi-Allah Musa. Dan menceritakan apa yang terjadi ke
atas dirinya..lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki tu xpayahminum air
kencing anjing hitam, tapi akan minum air yang lebih hina dr air kencing
anjing hitam.Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut untuk pergi menadah air yang jatuh dr bumbung rumah orang yang meninggalkan sembahyang dan
minum air tu. lalu,lelaki tu pun senang hati, menjalankan apa yang
diperintahkan oleh Nabi Musa tadi... Lihat.. betapa hinanya org yang
meninggalkan solat, sampai dikatakan air yang jatuh dr bumbung rumah
dia, lbh hina dr air kencing anjing hitam.. Itu baru air bumbung rumah,
belum air tangan lagi.. Menyentuh bab air tangan ni, selalu kita suka
makan masakan ibu, isteri kita. Jadi, kepada muslimat sekalian,
peliharalah solat , sebab kalau meninggalkan solat (kalau tak uzur), air
tangan akan menitik ke dalam basuhan makanan, nasi, dsb.. anak-anak,
suami pulak yang akan makan makanan yang dimasak. takkan nak biarkan
suami & anak2 gelap hati minum air tangan org tinggalkan solat.. tak
gamakkan? tapi.. lain pulak halnya dengan kita ni.. pagi petang..
mamak!! teh tarik satu, roti canai satu.. ada pulak segelintir tukang
masak yang tak solat.. kita pun makan bekas air tangan dia.. gelap lah
hati kita.. sebab tu liat nak buat keja2 yang baik. beware apa yang kita
makan... betapa beratnya amalan solat ni, hatta Allah syariatkan solat
kepada Nabi Muhammad melalui Isra' Mikraj, sedangkan kewajipan2 lain
memadai diutus melalui Jibril a. s.
Ketika saat Rasulullah nazak, sempat baginda berpesan kpd Saidina Ali
(&untuk umat Islam) , "As-solah as Solah wa amalakat aimanukum."
maknanya,"Solat, solat jangan sekali kamu abaikan dan peliharalah org2
yang lemah di bawah tanggunganmu." jadi, sama2lah kita pelihara solat
kita, dr segi zahir & batinnya, kerana amalan solatlah amalan yang mula2
akan ditimbang di neraca Mizan kelak

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...